Wednesday, March 26, 2008

Hidup Perlu Memilih

Pernahkah anda terfikir bahawa kita adalah penentu apa yang terbaik untuk diri sendiri?

Hidup ini tidak sekompleks mana yang difikirkan. Kita hanya perlu memilih satu dari dua benda dalam satu masa. Jika anda memilih:-

Rajin maka tiada malas dalam diri.
Sabar maka hilang perasaan marah.
Kenyang maka tiada rasa kebuluran.
Rehat maka jauh dari kesibukan.
Kejayaan maka runtuhlah kegagalan.
Bersatu maka tiada istilah perleraian.
Berjimat maka terhapus pembaziran.
Memaafkan maka tiada wujud dendam.
Lalu apa yang penting adalah jika anda memilih syurga maka taati perintahNYA dan jauhi laranganNYA serta berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka jauhlah diri dari api neraka.Amin.

Kesimpulannya: Kita yang menentukan apa yang terbaik untuk diri. Pilihan ada ditangan diri sendiri. Oleh itu pilihlah hanya yang terbaik dan sesungguhnya kita ada kuasa untuk memilih.

Apa yang anda pilih dalam hidup ini?

2 comments:

MYA MARJA said...

Adakalanya kita telah memilih yang terbaik untuk kita (pada sangkaan sendiri), tapi tak dapat. Seringnya diri ini menemui situasi sebegitu... Kita merancang, Tuhan juga merancang. Maka, perancangan Tuhan adalah yang terbaik...

S. Rafidah H. Basri said...

Tn. Mya Marja:

Benarlah apa yang dikatakan 'Kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan'.

Tuhan adalah penentu segalanya tetapi DIA telah memberikan kita pilihan. Kerana itu doa perlu dipanjatkan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya:)