Thursday, March 6, 2008

Ruangan Mari Membaca

Apa yang telah saya baca?




Inilah dua novel islam yang sudah saya baca. Ianya dihasilkan oleh seorang penulis yang memang berbakat iaitu Abdul Latip Talib yang saya kenalinya sebagai Pak Latip.

Novel 'Ikramah Penentang Jadi Pembela' mengisahkan Ikramah anak Abu Jahal. Dia telah dididik menjadi seorang pahlawan dan apabila dewasa dia menjadi seorang panglima muda yang gagah berani serta banyak pengalaman di dalam peperangan.

Dia adalah penentang dan memusuhi Nabi Muhammad S.A.W. Kebenciannya semakin menebal setelah ayahnya iaitu Abu Jahal terbunuh di dalam peperangan Badar. Dia bertekad ingin membunuh Rasulullah namun pasukannya berjaya dikalahkan oleh pasukan tentera Islam pimpinan Khalid bin Walid. Disebabkan rasa takut Ikramah melarikan diri ke Yaman namun kehadirannya tidak disenangi. Apa yang terjadi kepada Ikramah? Adakah dia dibunuh atau terselamat? Jawapannya ada di dalam novel 'Ikramah Penentang Jadi Pembela'!

Novel 'Salahudin Penakluk Jerusalem' pula mengisahkan Salahudin yang dilahirkan di Tirqit(Iraq) telah diasuh o;eh bapa saudaranya dengan ilmu ketenteraan manakala ilmu agama diajar oleh ayahnya. Semasa kecil hingga alam remaja kehidupannya sama seperti kanak-kanak lain kerana tiada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa. Apakah yang menyebabkan dirinya begitu masyhur dan dikenali? Novel ini mengungkap segalanya. Selamat Membaca!

Novel-novel Islam karya Pak Latip:-









2 comments:

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum sahabatku Rafidah semoga usahamu mendapat keberkatan daripa Allah swt.

Terima kasih kerana promosikan novel-novel saya. Novel Rafidah juga menarik gambar kulitnya. Pasti mendapat sambutan baik daripada pembaca.

S. Rafidah H. Basri said...

Waalaikumsalam. Doa yang baik juga dipanjatkan kepada Allah untuk Pak Latip.

Semoga usaha saya yang sedikit ini dapat menarik minat para pembaca untuk lebih menggemari membaca novel sejarah Islam.