Thursday, March 6, 2008

Karya

Inilah karya sulung saya terbitan PTS Islamika yang diterbitkan pada September 2007. Membaca buku ini kita akan terfikir sesuatu yang berlaku dalam hidup kita pasti ada iktibar dan teladan yang boleh diambil. Ianya bukan sahaja sebuah cerita bagi halwa minda tetapi pembaca memperoleh sesuatu pengajaran yang berguna. Walaupun ceritanya agak ringkas namun diharapkan ianya dapat membentuk pendidikan secara tidak langsung kepada pembaca yang dihormati.

Untuk adik-adik jangan lupa dapatkan buku kak Fieda ini. Adik-adik boleh membacanya walau di mana jua. Sebanyak 31 kisah di dalamnya beserta ilustrasi yang menarik. Adik-adik pasti menggemarinya!

Hari ini kak Fieda hendak bercerita salah satu cerita yang ada di dalamnya iaitu yang bertajuk 'Seuncang Benih Gandum'.

Di kampung Indah tinggal sepasang suami isteri yang miskin. Si suami bernama Hambali manakala isterinya bernama Shuhada. Mereka hanya mengharapkan belas ikhsan daripada jiran-jiran bagi meneruskan kehidupan mereka. Apabila dinasihati supaya bekerja mereka hanya mengatakan cukup hanya berdoa kepada Allah memohon rezeki.

Suatu hari rumah mereka didatangi seorang pengembara. Pengembara itu meminta izin hendak menumpang bermalam sebelum meneruskan perjalanan. Katanya, "Sekiranya kamu izinkan benarkan saya tinggal selama satu malam di rumah tuan."

Pasangan itu memberi keizinan. Hambali menjawab, "Silakan! Kami berasa gembira menerima tetamu."
Lalu Shuhada pun menghidangkan makanan yang ada kepada si pengembara. Katanya, "Sila menjamu selera. Hanya ini sahaja yang dapat kami hidangkan."

"Alhamdulillah. Ini juga rezeki daripada Allah."

Pada keesokan harinya, si pengembara memohon meneruskan perjalanan. Dia berkata, "Saya perlu meneruskan perjalanan. Terima kasih kerana sudi menerima saya bermalam di sini."

Hambali menjawab, "Semoga tuan selamat dalam perjalanan."

Sebelum pergi, si pengembara itu memberikan satu uncang kepada Hambali dan isterinya. Katanya, "Di dalamnya ada sesuatu yang berharga. Ia boleh merubah kehidupan kamu menjadi kaya."

Selepas pengembara itu hilang dari pandangan, pasangan suami isteri itu pun segera membuka uncang yang ditinggalkan oleh si pengembara. Namun mereka kecewa apabila melihat isinya.

Soalan: Apa yang ada di dalam uncang itu adik-adik? Mengapa mereka kecewa sedangkan di dalam uncang itu terdapat benda yang boleh membuatkan mereka menjadi kaya!
Jawapan: Mahu tahu? Dapatkan buku ini untuk mendapatkan jawapannya!

*Banyak lagi kisah-kisah menarik di dalamnya. Pasti adik-adik tidak rugi apabila membacanya! Kepada para ibu dan bapa boleh mendapatkannya untuk dibacakan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Sehari satu cerita tentu mereka menyukainya!Selamat Membaca!

Antara kisah lain:-
- Hadiah Untuk Sufiah
- Harga Sepotong Kuih
- Si Celik dan Si Buta
- Gadis Derhaka
- Empat Limau Bali
- Keadilan tuhan
- Pencuri Yang Insaf
- Nikmat Khusyuk Solat
- Saudagar Kaya dan Tiga anaknya
- Ucapan Pelik
dan banyak lagi kisah lain di dalamnya...

5 comments:

Anonymous said...

Salam Kak,
Wah, suspen la kisah ni. Macamni saya pun kena dapatkan segera buku ini!

S. Rafidah H. Basri said...

Salam utk adik akak.

Ha!Apa lagi cepatla dapatkan di kedai buku yang berhampiran.Semoga Fifi suka membacanya walaupun ia utk awal remaja namun boleh juga membacanya utk menambahkan pengetahuan. Jangan lupa sebar-sebarkan ye!Hehe

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Puan Rafidah,

Moga Allah berikan Puan kesihatan dan kelapangan menulis karya-karya yang seterusnya...Amin.

Wasalam

S. Rafidah H. Basri said...

Waalaikumsalamwarahmatullah.

Didoakan semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi Puan Umi.

Terima kasih atas kata-kata itu. Semakin bersemangat rasanya untuk berkarya. InsyaAllah apa jua dugaan akan ditempuhi dengan sabar tanpa mengeluh sekelumit pun. Redha atas segalanya.

ABDUL LATIP said...

Saya pun nak beli dan baca karya sulung sahabat saya ini. Pasti menarik.