Wednesday, April 2, 2008

DUNIA HAMPIR KIAMAT?


Banyak peristiwa yang berlaku di akhir zaman ini memberi tanda kepada makhluk di dunia ini bahawa dunia hampir kiamat. Benarkah ianya hampir berlaku. Tetapi bagi saya 'dunia belum berakhir'.


Benar!Dunia Belum Berakhir!

Sebenarnya 'Dunia Belum Berakhir' yang saya maksudkan merupakan judul novel jibunsyi saya yang pertama. Ia diterbitkan oleh PTS FORTUNA.




Ianya mengisahkan Arif seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang tegar menghadapi segala kepayahan hidup demi membesarkan anak-anak. Arif serta adik beradiknya yang lain terpaksa menempuh kesulitan demi mendapatkan sesuap nasi demi membantu ibu tercinta walaupun ayahnya masih ada. Arif bercita-cita mahu memberi kesenangan kepada ibunya sehingga dia berjaya mendapatkan segulung ijazah. Namun takdir Ilahi mengatasi segalanya. Dugaan yang tidak pernah terduga terpaksa dihadapinya sehingga impian yang diimpikan terbantut di pertengahan jalan. Arif redha menghadapinya walaupun jauh disudut hatinya dia terkilan kerana apa yang dicitakan untuk ibu tersayang gagal ditunaikan. Walaupun dugaan berat terpaksa ditempuhinya, namun dia menerima sesuatu yang lebih berharga di dalam hidupnya.

* Mengapakah Arif terpaksa bersusah payah kerana ayahnya masih ada? Apa yang dihadapi oleh Arif sehingga membantutkan impiannya walaupun ijazah sudah berada di genggamannya? Apakah benda yang berharga yang diterima oleh Arif di dalam perjalanan hidupnya sehingga dia merasakan kepayahan selama ini tertebus?
Semua jawapannya ada di dalam novel "Dunia Belum Berakhir". Novel ini akan terbit pada 7hb April 2008! Ia juga boleh diperolehi di Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC dari 3-14 April 2008. Dapatkannya di booth PTS!

2 comments:

MYA MARJA said...

Tahniah setulus hati! Ini baru betul-betul kakak senior. Sinopsis sudah banyak siap? Saya...hmm dalam proses. Sabar ya kak senior.

Rasanya soalan-soalan di atas saya dapat teka jawapannya, tapi nak beli juga jibunshi ini.

S. Rafidah H. Basri said...

Terima kasih!Terima Kasih!

Wah!Cikgu Muda sudah pasti pantas mendapatkan jawapannya. Pasti dengan jawapan cikgu?He..He..

Semak jawapannya menerusi novel ini. Beritahu kak senior ni(ye ke?)berapa jawapan yang betul.

Sinopsis baru dapat 4. Selebihnya masih rangka lagi. Kita lumba ye siapa sampai ke garisan penamat dulu. Tetapi jangan lupa ada seorang lagi kakak senoir kita iaitu Pn. Zalisa. Agaknya dia sudah menunggu kita berdua di garisan penamat. Ha!Ha!