Sunday, October 19, 2008

Masa Untuk Bertapa

Tiba masanya untuk aku bertapa(sekadar istilah) yang aku gunakan tatkala aku mahu tumpukan menghasilkan karya aku. Sejak sekian lama terbeku karya-karya aku tanpa ada sambungan atau penyudah ceritanya...kini aku sudah mula mengetik kekunci-kekunci laptop buruk aku ini untuk menghasilkan dan menambah koleksi karyaku.

Bukan tidak mahu untuk menyudahkan sinopsis yang telah aku cipta untuk sesebuah cerita...namun graf kesihatan ini yang turun menjunam sejak kebelakangan ini. Cuba juga menggagahi melawan rasa ketidak selesaan diri...namun kudratku yang ada terhad untuk cuba menangkisnya. Namun kecewa tidak sama sekali.

Pendrive ku ini sudah lama aku simpan. Di dalamnya terdapat benda yang aku rasakan berharga kerana terkandung di dalamnya hasil kerjaku.

Aku berdoa semoga Allah meringankan segalanya dan mempermudahkan segala urusanku.Amin.

2 comments:

MYA MARJA said...

Salam Syawal sahabat,
Selamat bertapa! Semoga berjaya. Saya pun nak bertapa juga cuti sekolah ni.. :D

S. Rafidah H. Basri said...

Salam syawal juga buat sahabatku cikgu yang budiman!:)

Wah!Sama-sama kita bertapa.Semoga hasil kerja kita nanti mendapat sentuhan yang kreatif dan menarik.Amin.

Bagus juga bila cuti sekolah bermula. Ada juga masa untuk cikgu menumpukan sepenuh perhatian kepada penulisan. Semoga berjaya!