Saturday, May 9, 2009

HARI IBU

Setiap tahun, tarikh 10 mei akan diingati oleh semua sebagai sambutan 'Hari Ibu'. Pada hari ini, semua ibu di dunia ini diraikan dengan pelbagai gaya sambutan semata-mata untuk meraikan mereka yang telah banyak berkorban dalam membesarkan permata hati sehingga menjadi insan yang berguna dan berjaya.

Namun bagiku, setiap hari adalah hari yang istimewa untuk mereka yang bergelar ibu. Tiada hari yang khusus untuk aku meraikan sesuatu yang istimewa bersama ibu.

Pengorbanan mereka memang tidak dapat dibalas dengan apa jua. Hanya doa yang baik dipanjatkan untuk semua ibu-ibu di dunia ini. Kepada mereka yang bergelar anak, sentiasalah berbuat baik dengan ibu walau dalam apa jua keadaan.

1 comment:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Bagi setiap hari yang dilalui, selamat hari ibu! Selamat terus menulis sahabat.