Tuesday, July 1, 2008

Kebekuan Minda

Hari ini seperti biasa aku mengadap PC. Lazimnya membaca berita yang berlaku di negara tercinta. Keadaan bosan tiba-tiba menjenguk tiba lantaran bahan-bahan berita yang dipaparkan sebagai berita berkisar tentang ragam manusia yang sentiasa betelagah. Pelbagai cerita timbul sehingga memberikan kegerunan di hati ini. Masyaallah...inikah tanda-tanda kiamat akan muncul tidak lama lagi. Semoga diri ini tergolong di dalam hambaMU yang tidak lalai. Amin.

Sudah lama rasanya tidak menulis sebarang informasi di blog ini. Ini yang terjadi apabila diri mengalami penyakit yang tidak diundang iaitu kebekuan minda (istilah sendiri). Ianya berlaku apabila diri merasakan sukarnya untuk menghasilkan sebarang bentuk penulisan akibat minda ini tidak dapat memikirkan sesuatu yang kreatif dan melahirkan idea-idea yang bernas.

Rasanya banyak yang hendak ditulis namun kekeringan idea menjadi sebab utama. Kerana kebekuan minda yang dialami ini menjadi beberapa sinopsis yang telah aku buat tertangguh penulisan cerita lengkapnya. Cuba mencari jalan untuk mencairkan minda ini seperti bercuti namun keadaan masih tetap sama.

Agaknya sengaja mahu diberikan kemudahan agar minda ini diberikan sedikit rehat supaya ianya dapat berfungsi dengan lebih baik:)


4 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Saya pun dah lama benar beku. Aduh..!

S. Rafidah H. Basri said...

Waalaikumsalam..

Sama nasib kita ye Tn.Mya Marja:)

Bila agaknya idea akan datang dan mencair untuk menghasilkan penulisan yang kreatif(hi..hi)

Web Sutera said...

Memang setiap musibah dan kesakitan serta kepayahan itu adalah ujian dari Allah. Tuhan tidak memberi itu semua secara sia-sia. Ianya beserta pahala dan hikmah.

Saya pun pernah mengalaminya. Pegangan saya ialah usaha, doa & tawakal, insyaallah Allah itu pengasih, penyayang dan penuh belas sifatnya.

S. Rafidah H. Basri said...

Memang benar apa yang Tn. Web katakan.

Semakin berat ujian yang Allah kurniakan utk seseorang hambanya itu menjadi tanda semakin Dia kasih kepada hambaNYA itu.

Segala yang ditakdirkan untuk kita sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita sebenarnya.

Seperti saya...hampir 8 tahun menghidapi penyakit yg kronik namun ianya menjadikan saya seorang hamba yang lebih bersyukur:)