Wednesday, June 18, 2008

Apa itu Polymyositis?

* Entri ini dipaparkan sekali lagi untuk tatapan Guest-Teeja:)

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan
polymyositis?

Penyakit ini lebih cenderung menyerang wanita tetapi ia juga berisiko kepada lelaki. Jika ia menyerang lelaki biasanya membabitkan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Kelemahan otot di sebabkan polymyositis berlaku secara perlahandan bermula di kumpulan otot yang hampir dengan badan.
Justeru itu pesakit sukar untuk menaiki tangga dan bangun dari kerusi serta mengangkat barang. Pesakit juga mungkin mengalami arthritis dan sukar menelan. Ia juga menyebabkan pesakit akan mengalami pendek nafas serta sukar untuk bercakap. Dalam sesetengah kes ia juga menjejaskan otot yang jauh dari badan dan itu menandakan penyakit sudah menjadi kronik. Walaupun ia menyerang otot yang berdekatan dengan badan namun kadangkala ia boleh menyerang bahagian tangan dan itu menandakan penyakit yang dialami semakin kronik.

Punca:-
Tiada sebab khusus yang dapat dijelaskan sebagai punca kepada penyakit ini. Dunia perubatan mempercayai ianya adalah reaksi autoimun atau jangkitan virus pada otot rangka yang mungkin mencetuskan penyakit. Kelemahan otot disebabkan oleh penyakit ini boleh muncul secara tiba-tiba atau datang secara perlahan-lahan dalam tempoh seminggu atau sebulan. Kelemahan itu terjadi disebabkan radang atau kerosakan otot.

Diagnosis:-
- Ujian darah dilakukan untuk memastikan tahap enzim otot(CPK-Cretinine phosphokinase). Enzim ini dibebaskan dalam darah apabila otot dirosakkan oleh radang. Ia digunakan bagi mengukur tahap keradangan.
- Imbasan otot menggunakan ujian radiologi seperti MRI.
- Biopsi otot bagi mengesahkan sama ada otot mengalami keradangan biasa atau polymyositis.

Rawatan:-
Tiada penawar untuk penyakit ini tetapi simptomnya boleh dirawat. Biasanya pesakit akan diberikan ubat-ubatan jenis 'corticosteroid' dalam dos yang tinggi. Selain itu pesakit perlu menjalani terapi fizikal serta senaman. Pesakit juga memerlukan rehat yang cukup.


*Dipetik dari Ruangan Dimensi Berita Harian(Ahad 5 Ogos 2007)


Sekadar berkongsi maklumat dengan semua. Kini daku mengalaminya. Semoga Allah meringankan bebanan yang ditanggung. Amin.

p/s: Semoga ianya dapat memberikan info yg berguna buat Guest-Teeja

6 comments:

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum semoga Rafidah semakin rancak berkarya.

Memang benar blog kita serupa. Bagus juga ada blog boleh kita promosikan buku dan tulis macam-macam :)

Rafidah,
Bila nak ke tanah suci?

S. Rafidah H. Basri said...

Waalaikumsalamwarahmatullah.

Didoakan kesejahteraan yang berpanjangan untuk Pak Latip.

Betul!Blog kita serupa.Emm...memang bagus ada blog ini. Saya pun akan promosikan buku saya dan memperkenalkan karya Pak Latip juga kepada kawan-kawan.

Ke tanah suci?Niat untuk dijemput menjadi tetamu Allah memang menebal. Di tanah suci itu nanti saya mahu memohon agar saya dikurniakan kembali nikmat kesihatan.Tetapi...belum berkemampuan lagi dari segi kewangan. InsyaAllah suatu hari nanti.Doakan semoga saya dimurahkan rezeki.Amin

Sata Saalimun @1974 said...

salam..
semua manusia mghadapi pelbagai dugaan,rintangan n ujian...
semua menghadapinya cuma cara dan situasi sahaja berbeza...
Banyakkan bersabar dan renungi hadis saw....
"Lihatlah org yg lebih rendah drpd kamu (dlm semua situasi) dan jangan melihat org yg di atas kamu krn ia menjadikan kamu tidak bersyukur.."
renung2kan..
Moga Allah beri pahala dan ganjaran sebaiknya di dunia n akhirat di atas kesabaran menempuhi dugaan-Nya...
amin

S. Rafidah H. Basri said...

Terima Kasih kepada 'bukusaat' kerana coretan itu amat menyentuh jiwa.

Saya berdoa agar saya tidak menjadi hamba yang kufur dan semoga saya menjadi orang yang redha atas segala yang dikurniakan Ilahi.Amin

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Semoga Allah ringankan beban yang ustazah tanggung.

Unknown said...

Assalamualaikum.. Sis Rafidah..semoga sis sihat.. Boleh X saya nk hubungi secara personal.. Kini daku menglminya..