Monday, July 28, 2008

Kemanisan Setiap Ujian

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu di ruangan blog (rumah kecilku) ini.

Berehat lama kerana insiden yang tidak terduga. Namun segala yang berlaku sebagai tanda kemanisan ujian dari Allah Taala. Perasaan menerima jahitan di kepala membayangkan betapa aku perlu tabah lagi menghadapi setiap liku perjalanan hidupku.

Ketika berehat ini...alhamdulillah ada idea yang menarik untuk aku tulis sebagai sinopsis untuk menghasilkan koleksi karyaku nanti. Setelah lama mengalami kebekuan minda akhirnya datang idea yang mencurah-curah. (agaknya berkat jatuh yang dialami sehingga kepala berjahit jadi minda yang beku menjadi cair agaknya hi..hi..).

Tahun ini belum ada satu karya baru yang dapat aku hasilkan dengan selengkapnya. Semuanya tertangguh. Tahap kesihatan yang turun naik juga faktor penyumbang utama kepada keadaan ini. Ditambah kesibukan kini mahu menjadi tuan rumah bagi satu majlis penting untuk keluarga tersayang:).

Walaupun masih terasa sakit badan-badan ini namun urusan untuk memastikan majlis yang akan berlangsung perlu dititikberatkan mengikut kudrat yang masih ada.

Semoga Allah memberikan kekuatan.Amin

4 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Semoga terus tabah dan sabar mengharung ujian. Minda makin cair nampaknya. Mindaku ini..hmm..mudah-mudahan cair jua.. :)

S. Rafidah H. Basri said...

Waalaikumsalam.

Amin. Terima kasih doa yang dikirim. Alhamdulillah semoga minda ini terus mencair. Saya juga mendoakan Cikgu juga diberikan kemudahan untuk berkarya. Amin:)

Tidak mahu mencuba projek di bawah PTS Islamika? Mana tahu idea datang mencurah.

MYA MARJA said...

Tahniah, karya telah diulang cetak! Moga makin banyak karya selepas ini. Salam Ramadan.

S. Rafidah H. Basri said...

Terima kasih atas ucapan yg diberi.

Sy juga ingin ucapkan tahniah juga buat cikgu kerana buku "Naga:Serangan Kulat" akan berada dipasaran:)

Nantikan juga kemunculan novel cerita rakyat saya yg pertama pada bulan ini.InsyaAllah.

Semoga kita sama-sama terus berjaya!