Thursday, May 15, 2008

Doa dan Harapan.


Lirikan mataku mengekori setiap sudut
Menjengah sebentar melihat alam ini
Penuh warna warni laksana pelangi
Namun hakikatnya belum pasti
Bisa digapai erti sebuah kebahagiaan.

Kesibukan hamba bernama manusia
Mencari sesuap nasi mengalas perut
Kadangkala terpaksa berkejar ke sana sini
Untuk merentas masa yang semakin suntuk.

Ada pelbagai jenis manusia
Yang bergaya mahupun papa
Masing-masing punya matlamat
Untuk mengecap hidup yang nikmat.

Namun jangan sesekali kita lupai
Bekalan untuk akhirat yang pasti
Mengejar kesenangan tidak berhenti
Siang malam diulit mimpi.

Linangan manik-manik jernih
Membasahi pipi
Bukan kerana menyesali
Memikirkan nasib diri
Apabila berhadapan dengan Ilahi.

Cukupkah bekalan yang dibawa nanti
Tergolongkah diri di dalam kelompok
Sunnah Wal Jamai
Hanya doa yang mampu mengiringi diri
Semoga akan berbahagia di sana nanti...

5 comments:

MYA MARJA said...

Semoga bahagia, dan reda Tuhan menyambut kita semua di sana.

S. Rafidah H. Basri said...

Semoga kita semua tergolong di dalam kelompok hamba yang soleh dan diredhai.Amin

ABDUL LATIP said...

Kita memang mengharapkan rahmat dan keampunanNya.

MYA MARJA said...

Ustazah dah siap projek buku tu? Saya :) ..dalam proses.

S. Rafidah H. Basri said...

Cikgu...

Projek buku (sinopsis) sudah dihantar ke editor dan dia beri tempoh sebulan untuk memberikan status samada projek itu perlu diteruskan atau tidak kerana ianya cerita yang bermusim. Jadi...saya juga sedang menanti jawapan mengenai status itu jika dipersetujui maka baru boleh diteruskan menulis cerita lengkapnya:)