Thursday, May 1, 2008

Cerita Daripada Seorang Kanak-kanak


Seperti biasa aku menanti kehadiran anak muridku. Sedang aku leka membaca suratkhabar, terdengar salam diberi dari luar. Aku lantas menjenguk dan tersenyum melihat wajah comel yang muncul di hadapanku sambil menjawab salam. Sebelum memulakan pengajian hari itu, sempat juga muridku bercerita.

"Maaf ustazah, saya terlewat hari ini."
"Tidak mengapa. Tetapi mengapa kamu lewat hari ini? Tertidurkah?"
"Tidak. Saya leka melihat gambar perkahwinan ibu dan ayah saya. Gambar itu cantik sangat!"

Aku hanya tersenyum lantas bertanya apabila anak muridku menggaru-garu kepala.
"Mengapa?"
"Saya hairan. Saya lihat gambar ibu dan ayah kahwin, namun saya tiada di dalam gambar itu. Ustazah tahukah saya di mana ketika itu?"
Aku hanya tersenyum lalu bagi meredakan persoalan yang bermain di fikirannya aku pun menjawab, "Elok jika kamu bertanya kepada ibu kamu. Lagi pula ustazah tiada di situ ketika ibu dan ayah kamu berkahwin."
Kanak-kanak itu tersenyum dan menjawab, "Betul juga!Terima kasih ustazah."

Apabila mengenangkan apa yang berlaku sebentar tadi aku tersenyum sendirian. Kadangkala kanak-kanak ini terlalu melucukan namun adakalanya persoalan yang mereka kemukakan perlu jawapan yang berlapik dan mudah diterima oleh mereka mengikut tahap penerimaan oleh akal mereka.

6 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum Ustazah...
:) ...saya ingat guru bahasa... Teruskan perjuangan, ustazah!

S. Rafidah H. Basri said...

Waalaikumsalam cikgu...

Sekadar mengajar anak-anak kecil mengenal huruf di dalam Al-Quran:)

Perjuangan perlu diteruskan!

Semoga kita menjadi guru bergelar arkitek bangsa. Buku itu sudah saya miliki di pesta buku. Itulah satu2 buku yg saya sempat beli.

MYA MARJA said...

Benarkah begitu? :) Terima kasih kerana sokongan. Ada sebarang ulasan? Baru nak mula, ustazah. Sabak Bernam di mana, ya? Untunglah dapat mengajar orang baca Quran. Dulu berangan juga nak jadi ustaz.. :) Sinopsis tu tak siap lagi..Target bulan ni, lepas tu bulan depan siap.. Eh, boleh ke?

S. Rafidah H. Basri said...

Belum boleh dibuat ulasan maklum sahaja belum khatam lg membacanya tetapi secara rawaknya jalan ceritanya menarik dan mudah difahami:)

Saya betul2 di kawasan Pekan Sabak Bernam di depan Kompleks Sukan Sabak Bernam:) Jika Sekolah Menengah Ungku Aziz(SUA) dekat sahaja dengan rumah hehe...tetapi tidak bersekolah di situ.

Berkenaan sinopsis itu saya juga masih membuatnya baru dapat 11 sinopsis. Ada lg 4 sinopsis. Semuanya mahu 15 sinopsis bukan tetapi kadangkala buntu juga mahu menambah hi hi. Boleh sahaja jika bulan depan dihantar. Hehe jgn sudah masuk bulan puasa baru dihantar nanti kita bertiga kena kejar dengan sifu pula:)

MYA MARJA said...

Kompleks Sukan SB? Ish, lamanya saya tak ke sana! Walhal di SUA itu tempat saya belajar di Ting 6 dulu. Kompleks tu asalnya dewan yang menempatkan perpustakaan dulu tu ya? Eh, banyak tanya pula saya ni.

S. Rafidah H. Basri said...

Wahai Cikgu Mudaku...

KOmpleks sukan dahulu dikenali dengan mini stadium Sabak Bernam. Berada di persimpangan jalan menuju Teluk Intan. Perpustakaan pula berada di pekan bersebelahan dengan Balai Bomba. Jangan keliru ya...:)

Sesekali menjengah ke sekolah SUA itu pasti dapat mengimbau sejarah silam cikgu:)...