Allah adalah penguji
Manusia adalah penerima ujian
Dunia adalah medan ujian
Segala yang berlaku adalah bahan ujian
Rahmat tuhan sentiasa mengiringi
Bagi hamba yang sentiasa mengingati
Bahawa dunia ini bukan kehidupan abadi
Lantaran sudah menanti kehidupan ukhrawi
Sujud aku menghadap Ilahi
Berteleku memuhasabah diri
Semoga keperitan yang dihadapi
Lambang KasihMU tuhan atas diri ini
Tidak sesekali menyesali
Jauh sekali terkilan rasa
Segala yang berlaku atas diri
Hanya terus bersyukur dan redha
Semoga terhapus segala dosa
Hilang segala titik noda
Semoga keampunan sering tiba
Dan ketenangan terus menyelimuti jiwa.
*Buat sahabat yang sentiasa mengingati...sememangnya benar apa yang dikatakan
Terkadang kita memilih antara dua
Namun kadangkala kita menerima
sesuatu yang tidak terduga.
Mungkin ia lambang kasihNYA
Yang pasti kita redha menerima segala ketentuannya.
Terima kasih buat sahabat...
3 comments:
Beruntung bagi si sabar. Semoga kesabaran menemani sehingga akhir hayat.
Kehidupan di dunia ini hanya sementara. Kehidupan di akhirat kekal selamanya.
Kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati rahmatNya.Ramai orang yang kita kenali telah mendahului kita.
Satu hari nanti kita akan ke sana juga.
Tn Mya Marja...
Saya berdoa agar saya menjadi hambanya yg sabar.
Utk Tn. Novel Sejarah...
Benar apa yg dikatakan oleh Pak Latip.Dunia ini hanya persinggahan. Segala yg ada hanya pinjaman.
*Utk kedua sahabat yg diingati...Terima kasih atas kata-kata yg diberi. Semangat utk meneruskan hidup akan terus menyala. Amin.
Post a Comment