Pada 19hb April 2008 saya bersama keluarga berkesempatan bercuti ke Cameron Highland. Di sana dapat saya melihat suasana yang menghijau. Pelbagai jenis bunga dapat dilihat dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang segar dijual kepada para pengunjung yang datang. Kesibukan para pengunjung membeli belah melambangkan kita semua menginginkan sesuatu yang segar dan baik.
Kenyamanan yang dirasakan dapat membangkitkan perasaan yang tenang dan selesa. Semoga ciptaan tuhan ini dipelihara dengan baik tanpa ada sifat kerakusan manusia yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

5 comments:
Assalamualaikum Puan Rafidah...
Bercuti?
Seronoknya!
Tentu bergembira..Ya!
Berfikir akan kejadian alam dan Maha Pencipta segala itu...sangat besar kesan dan ganjarannya..
Wasalam..
Assalamualaikum,
Sesekali pergi bercuti memang seronok. tentu banyak dapat idea menulis. selamat menghasilkan novel terbaru.
Waalaikumsalam untuk sahabatku Puan Neenaumi dan Pak Latip.
Pn.Umi...
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bercuti sebentar. Besar sungguh kenikmatan yang Allah kurniakan untuk hambaNya terutama yang mahu berfikir.:)
Pak Latip...
Salah satu tujuannya juga adalah untuk mencari idea baru:)
Sejak akhir-akhir ini saya merasakan diri kekeringan idea.
Buat kalian berdua ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas dorongan dan semangat yang diberi. Semoga kita sama-sama berjaya!:)
Assalamualaikum,
Cantik sangat. Sempat juga bercuti ya. Idea ada di mana-mana, kebekuan juga ada di mana-mana. Pilih satu antara dua.. :)
Selamat berkarya!
Waalaikumsalam...buat cikgu.
Benar tn. Mya Marja idea ada di mana-mana begitu juga dengan kebekuan.
Namun kadangkala keduanya hadir tanpa diundang dan tada masa yang ditetapkan.He..he.
Semoga kita sama-sama terus berkarya!:)
Post a Comment