Salah satu cerita siri hikayat semi klasik yang akan terbit adalah:
Ini adalah karya sahabat saya Dr. Umi Kalthum Ngah atau dikenali sebagai NeenaUmi. Buku ini akan berada di pasaran pada 24 March 2008 ini. Ianya dijual dengan harga RM23.00/RM26.00 (Sabah dan Sarawak).
Sinopsis: (Di salin dari web PTS)
Fenomena silih bergantinya pengawal di kota bertembok tinggi berjeriji besi itu seringkali menjadi bahan tontonan sepasang mata bundar, milik seorang gadis sunti, di sebalik jendela berjerjak besi, iaitu Tuan Puteri Salsabila. Begitu jugalah aktiviti harian di sekitar kota. Terutamanya suasana hiruk-pikuk, tawar menawar dan lelongan yang terdapat di pasar dan tepian jalanan. Begitu mengasyikkan. Terasa begitu kepingin sekali hati Si Tuan Puteri untuk berada di tengah-tengah kebingitan dan kerancakan suasana di luar sana. Adakah Puteri Salsabila berjaya menyamar menjadi rakyat biasa? Apakah taktik yang digunakan bagi merealisasikan impiannya?
4 comments:
Assalamualaikum warahmatullah,
Puan Rafidah yang dikasihi dan diingati selalu,
Terima kasih banyak-banyak kerana membantu mempromosikan buku terbaru saya...saya sangat terharu..
Semoga Rafidah terus dirahmati Allah dan diberi kelapangan waktu serta kesihatan dalam usaha penulisan yang berterusan...Amin.
Wasalam.
Waalaikumsalam warahmatullah.
Saya juga mendoakan agar Pn.Umi sentiasa mendapat ketenangan dan keredhaan Allah.
Sama-sama sebagai ucapan balas. Segala apa yang dilakukan sebagai menyokong usaha seorang sahabat yang berbakat dalam penulisan. Anggap ianya sebagai sikongan padu yang tidak berbelah bagi dari saya.:)
Terima kasih atas doa yang dikirim. Amin.
Assalamualaikum,
Saya sudah beli buku ini di pesta buku, Isnin 8 April 2008. Desain kulit menarik!
Waalaikumsalam.
Semoga kesejahteraan mengiringi Tn. Web Sutera.
Pasti penulisnya gembira kerana karyanya menjadi pilihan tn:)
Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga.
Kepada Dr.Umi...
Semoga menghasilkan lebih banyak karya:)
Post a Comment