Tuesday, March 18, 2008
Impian
Tatkala melihat kaabah dan masjid Nabawi di kaca tv terasa sayu hati ini. Menyimpan satu impian yang tidak akan pudar. Saban waktu sentiasa memanjatkan doa agar diri ini diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah.
Kerinduan kadangkala menggamit diri ini apabila melihat tempat-tempat di tanah 'haramain' iaitu Mekah dan Madinah. Semoga suatu hari nanti segala impian akan tercapai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
InsyaAllah tercapai. Jika fulus yang menjadi penghalangnya, tulis buku banyak2 :D
Itulah usaha yg sedang diusahakan:)
Sekarang pun memerah ide yang dipaksa keluar dari kepala yang sedang berserabut. Bukan fulus sahaja yang menjadi halangan tetapi keupayaan diri juga tetapi semangat tetap membara untuk sampai ke sana.
Terima kasih teman!
Rafidah,
Berdoalah semoga novel kita laris di pasaran apabila banyak dapat royaltinya nanti boleh pergi ke tanah suci. InsyaAllah.
Doa sentiasa dipanjatkan dan berharap karya yang dihasilkan menjadi kegemaran para pembaca.
Terima kasih Pak Latip kerana memberikan kata-kata semangat itu.:)
InsyaAllah Allah akan memakbulkan niat yang suci ini.Amin
Post a Comment